Hai guys previously, kite ada update satu entri pasal keputusan peperiksaan akhir diploma dan masatu kite tengah tunggu keputusan untuk penerapan ijazah [baca sini].

So keputusan penerapan ijazah bagi lepasan semester akhir diploma dah keluar pada 27 February 2018 haritu dan kena daftar pada 4 March 2018. Memang berdebar lah kan nak tunggu keputusan tu sebab orang kata biasa penerapan ni susah nak dapat tapi alhamdulillah syukur sebab permohonan kite lulus maka dapatlah kite sambung ijazah. 

Kite dapat Sarjana Muda Sains Komputer dekat UiTM Jasin. First time wehh belajar luar dari Johor. Sebab masa diploma dah ambil CS (Computer Science) jadi memang berpisah tiada lah kan masa ijazah ni, kalau tak satu kerja nak mula dari bawah balik. Sarjana Muda Sains Komputer ni memang pilihan pertama, play safe lah senang cerita sebab sedar diri tak berapa nak pandai haha

Dah masuk level ijazah ni ofcourse semua benda pendaftasan and whatsoever tu kena urus sendiri, tak macam masa diploma dulu.

UiTM Kampus Jasin Melaka
Biasa orang sebut KJM. KJM agak baru lagi dan kat sini ada dua fakulti je; Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dengan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA).

Kolej?
Asalnya kolej tak disediakan untuk pelajar ijazah tapi untuk intake kali ni kitorang agak bertuah kolej tak ramai penghuninya jadi ramai yang dapat termasuk kite. Kolej memang didahulukan untuk pelajar diploma jadi semester depan dah kena bersedia untuk duduk luar haha TT

Kolej yang ada dekat sini; Kolej Tun Gemala (siswi) dan Kolej Tun Sri Lanang (siswa). Kolej tu style dia macam apartment ada 3 bilik (1 bilik 2 orang, katil single) dan siap tandas dalam apartment tu. Memang selesa.

Hm tu jelah kot nak cerita hahaa. Sebenarnya nak update dari haritu lagi tapi disebabkan line internet yang sangat lambat jadi naness je la mampu. Kite baca tau korang punya jejak dekat cbox tu through phone tapi tulah baca je mampu, nak singgah balik tak mampu uhuu. Lepastu baru minggu pertama dekat jasin dah selesema, penat tau duk sedut hingus je. Lagi tak syok bila batuk taknak berhenti huwaaa cepatlah baik

Ciss baru nak aktif blogging semula, ciss..

Labels: